Bola jaring
- d070743
- Dec 9, 2015
- 2 min read
CARA BERMAIN
Jumlah pemain dalam gelanggang ialah 7 orang untuk setiap pasukan. Ini bererti terdapat 14 orang pemain dalam gelanggang dalam satu-satu perlawanan. Dua orang pengadil akan berada di luar gelanggang untuk mengadili permainan mengikut pembahagian kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur pertandingan. Tempoh permainan mestilah diketahui oleh pemain. Peraturan dan undang-undang permainan seperti membuat jaringan, melakukan kesalahan membuat hantaran, membuat lontaran penalti, membuat hantaran percuma, mengawal gol dan menggantikan pemain juga hendaklah diketahui oleh setiap pemain.
Pemain tengah (C) akan melakukan lontaran mula. C akan melontar bola ke salah seorang rakan pasukannya, sama ada WA atau GA. Dalam situasi tertentu, WD dan GD juga boleh menerima hantaran tengah tersebut. Semasa melontar, C hendaklah memastikan bahawa kakinya berada di dalam bulatan di tengah-tengah gelanggang. Pemain tengah pasukan lawan mesti berada kira-kira 0.91m (3 kaki) dari pusat bulatan sementara pemain-pemain yang lain berada di tempat masing-masing. Apabila wisel ditiupkan, pemain tengah yang membuat lontaran mula akan melepaskan bola kepada pemain lain menandakan bermulanya permainan.
Bola jaring dimainkan dalam tempoh empat sukuan waktu (quarter). Setiap suku waktu ialah 15 minit dan akan diselang dengan waktu rehat selama 3 minit kecuali waktu rehat untuk separuh masa, iaitu 5 atau 10 minit. Waktu kecederaan dan gangguan akan diberikan, jika berlaku penangguhan permainan akibat sebarang gangguan atau sekiranya berlaku kecederaan. Selain itu, tempoh permainan 20 minit untuk satu separuh masa juga turut digunakan. Permainan akan diteruskan selepas sahaja gol dijaringkan.
Peraturan dan undang-undang permainan hendaklah sentiasa dipatuhi oleh setiap pemain semasa di dalam gelanggang. Setiap kesalahan yang dilakukan akan didenda. Pemain hanya boleh bergerak di dalam kawasan masing-masing dan jika ingin menukar kawasan, ia hanya dibenarkan selepas permainan dihentikan dan pemain itu mestilah juga memaklumkannya kepada pengadil.
Pemain boleh menangkap bola dengan satu ataupun kedua belah tangan. Dia juga boleh menepis atau menampar bola ke arah pemain lain dalam pasukannya ketika bola sedang dilambung. Setelah bola ditangkap, pemain hendaklah melontarkan atau melantunkannya kepada pemain pasukannya dalam masa tiga saat. Pemain tidak dibenarkan menggulingkan bola atau memegang sambil berlari, atau melontar ke udara dan menangkapnya semula, atau menjatuhkannya dan mangambilnya semula (drop ball).
Pemain juga tidak boleh dengan sengaja menendang, merampas daripada pemain lawan, menumbuk atau memainkan bola apabila ia berada di atas lantai gelanggang. Selain daripada itu, pemain tidak dibenarkan menggunakan atau mendapatkan sokongan tiang gol apabila sedang membuat jaringan, ataupun menggoyangkan tiang gol supaya jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan keluar daripada sasaran atau gelanggang.
Recent Posts
See AllCara bermain squash sebenarnya hampir mirip dengan tenis biasa karena teknik memukul pada squash sama dengan tenis seperti, backhand,...
1. Tips Latihan Forehand Jenis pukulan ini menjadi pukulan yang sering dilakukan. Jenis pukulan ini pula yang menjadi dasar dalam...
Latihan teknik dasar yang dilakukan tanpa bola. Jenis latihan ini digunakan untuk belajar mengendalikan kecepatan dan kegesitan pemain,...
Comments